Monday, July 26, 2010

Ada ape dengan L.E.L.A.K.I ?

Heheheh menarik da bomb tak title aku hr ni? So pe kata korang teman aku selongkar serba sedikit ttg rahsia lelaki.....mungkin ada jugak pompuan yang tak perasan ttg rahsia manusia yang berjantina lelaki kan..biasa la kita hanya manusia biasa...Nobody Perfect kan...mane tau sikit sebanyak entry ni leh tlg korang tau and faham ttg lelaki...Jom Terjahh....~!!!








Lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia mempunyai fizikal yang menarik
*Ye ke?* Yang pasti, lelaki cukup senang bila berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang apa sahaja dan tidak mengada-ngada tak kena tempat.

Lelaki juga mudah ‘cair’ jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka. *Hurm...* Contohnya, jika si lelaki meminati sukan bola sepak, si gadis memberi sepenuh sokongan padanya. Pada masa yang sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya.

Lelaki bukan seorang yang ‘mesra’ telefon!
*Tak jugak...ade je yang terlalu mesrs gn tepon...!* Itu perkara yang perlu diketahui si gadis. Sudah menjadi adat bercinta, si gadis akan naik berang jika message yang dihantar buat kekasih hati lambat dibalas. Namun kamu perlu sedar, bahawa lelaki bukan jenis yang ‘bersama’ telefon 24 jam. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain selain berSMS.

Lelaki seorang yang Peka dengan Fesyen.
*Hmm ade la btol nye* Hampir 5o% responden kaum Adam di negara membangun mengakui, lelaki dari Itali adalah kelompok yang begitu peka dengan fesyen. Jadi sebagai kekasihnya, lelaki cukup suka andai kamu memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya. Tapi, teguran biarlah berlapik yee.

Lelaki akan Gelabah!
*
hahahha igt pompuan je yang Gelabah..nampak cool je rupa2 nye....* Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali pertama! Jadi jika kamu berada dalam situasi ini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan. Bukan buat ringan-ringan yee. HAHA. Hamboi hamboi suka korang kan kalau hal² macam ni.

Lelaki Tak Tahan Leteran Perempuan.
*huhuhu No Komen..! tettt....* Lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis! Kamu perlu sedar bahawa lelaki adalah golongan yang tidak suka dikongkong. Kalau nak nasihat pun, hati² yee. Panas telinganya nanti.

Lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh.
Lebih teruk, lelaki juga tidak faham makna kata² kiasan. Tapi jangan mudah melenting kerana lelaki sememangnya tidak suka dengan ‘bahasa’ yang berkias-kias. Kalau ada yang tak puas hati, cakap je okay. *Pulak dah...kang ckp trs terang pk len plak...*

Lelaki VS Jeritan?
Saluran nafas mereka 30% lebih besar. Jadi tak hairan lah kalau
suara lelaki lebih kuat dan besar terutamanya bila mendengar mereka ‘menjerit’ ! *Wow Mak teruja nokk*

Lelaki VS satu?
Berapa ramai teman yang cantik², tetapi perlu kamu tahu bahawa
lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai teman sehidup semati. Ya, lelaki sering dicop sebagai seorang yang nakal, suka mengusik perempuan dan sebagainya. Tapi ketahuilah bahawa andai dia sudah mempunyai komitmen, mereka akan memberi tumpuan hanya pada seorang gadis sahaja. *ye ke? da tu yang kawen smpai 4 tu cmne???!! [E>M>O]*

Lelaki mudah terpengaruh dengan persekitaran. 
Lelaki mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama dalam hal yang berkaitan dengan keseronokan dan kebebasan. Tidak hairan lah andai teman lelaki kamu mula ‘berubah sikap’ bila mereka berjumpa dengan rakan-rakannya.*ni la yang sedih....nape kene berubah...kalau pompuan berubah mara...haisshhhh* Hmm, bila bersama kamu, mereka akan jadi OK balik.

So dlm hubungan scandal percintaan ni...kite kene la Give n take...lelaki ke pompuan ke....22 tak perfect ok..so sesame la kene mem"perfect" kn diri sesama sendiri *Chewahh..!!*

chaw bedah..~!

3 comments: