Monday, July 26, 2010

Stresss...~!! Arrghhhhh

Haaa korang stress gan keje yang belambak yang mmg tak kan habes....n ter pk bile la keje ni nak abes....hahahhahah jgn risau aku adalah salah sorang drpd korang yang mengalami kebingungan dan kestressan chewahhh ayt aku gylerzz r...*Poyo tahan Ntah tepape*

So pe kata kita try buat something utk hilangkan rs stress semasa kerja....

1. Cuci muka *Hilang la make up aku...! baik aku amik air semayang... sejuk je ati rasa*
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.

2. Membaca kisah lucu *Sentiasa membaca..alamak kantoi tak buat keje*
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.

3. Berbual dengan rakan *Aku mmg suke bergosip...*
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

4. Ke kafetaria *Tak suka sebab busuk..!*
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.

5. Berjalan seketika *Aku kalau jalan tak leh sekejap...mcm mane?*
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

6. Cuci Mata. *Ni tak payah cakap pon mmg aku da buat da..*
Jika anda menghadap komputer terlalu lama, apa salah nye jika anda cuci mata anda dengan melihat pemandangan yang menarik cointohnye..ada mamat hensem depan korang tgk la puas-puas sampai lebam...huhuhu

hehhe amacan ok tak idea yang boleh dikategorikan sebagai beras Bernas ni?

Enjoy..!

5 comments:

  1. mamat hensem dpn ko?? zaid ke??? jgn wei, tu tunang orang...

    ReplyDelete
  2. seblom ni aku tgk dye la...la ni tak da... *alamak kantoi plak...abe sla aku*

    ReplyDelete
  3. perghh....pengakuan berani tu..ahaks...

    ReplyDelete
  4. aku telah mengkantoi kn dr aku...cmne ni?

    ReplyDelete
  5. takpe2,zaid tak baca kowt...hehehe

    ReplyDelete